Tuesday, June 1, 2010

Kasut Kerja


"Abah... oh Abah..." terdengar suara sayup-sayup kedengaran di telinga I.T Mat Rizal. Pun begitu, I.T Mat Rizal buat-buat tak ambil peduli.

"Abah... oh Abah..." lagi suara kedengaran di gegendang telinga I.T Mat Rizal.

"Woi... Abah hang, nak pukul 7 pagi dah!" Che Yang menjerit macam iklan ubat sakit tekak.

I.T Mat Rizal yang tadi tidur berselimut macam tenggiling bergegas bangun. Dilihat anaknya masih tidur tak ingat dunia. I.T Mat Rizal jealous dengan anaknya itu. Ingin rasanya I.T Mat Rizal bertukar tempat dengan anaknya. Dicapainya tuala terus ke bilik mandi. Dengan 7 kali gayong sahaja, I.T Mat Rizal selesai mandi.

"Buat apa nak membazir. Kan membazir tu kerja syaitan." kata IT. Mat Rizal. Sebab itu I.T Mat Rizal jarang mandi lama-lama. Sabun pun mesti ada yang terlekat kat telinga dan diketiak. Kalau I.T Mat Rizal mandi lama-lama, itu mesti mandi yang lain. Mandi ada niat yang besar, kata orang.

Selesai mandi, I.T Mat Rizal mencari baju untuk dipakai ke opis. I.T Mat Rizal tak perlu risau kerana Che Yang sudah pun menggosok baju. Digantungnya baju berserta seluar dah macam salesgirl Parkson susun satu-satu. I.T Mat Rizal lihat stock baju untuk 3 minggu siap sedia. Diselak satu persatu baju dan seluar yang mana berkenan. Baju kegemaran I.T Mat Rizal ialah seluar cotton dengan baju kemeja kotak-kotak. Baru matching. Untuk rekod, I.T Mat Rizal jarang sekali kerja pakai seluar jeans. Tak ngam katanya dengan baju corak kotak-kotak.

Puas membelek I.T Mat Rizal akhir memilih baju hantaran kahwin yang diterima masa dulu-dulu. Masih elok lagi. Che Yang punya gosok baju dia punya tajamkan kain boleh luka kulit-kulit badan. Tak sama macam kedai-kedai laundry buat. Dimasukkan pulak seluar cotton hijau yang dibeli kat pasaraya Fajar. Tali pinggang raya tahun lepas disemat elok-elok. I.T Mat Rizal pandang pada cermin, dilihat perutnya masih steady. Orang cakap kalau dah kahwin anak satu mesti boroi. Mungkin betul kalau tengok rakan-rakan I.T Mat Rizal.

Kemudian diletak sejadah ngam-ngam tepi bilik, bagi mudah Che Yang lalu. I.T Mat Rizal sembahyang Subuh gajah. Selesai doa untuk diri dan anak bini, I.T Mat Rizal ke meja cermin. Disisirnya rambut agar nampak macam brutal tapi muda. Sekali tengok I.T Mat Rizal, tak sangka macam budak habis SPM. Umur dah meningkat 30an. Bab nie Che Yang memang jealous.

****

Sampai di opis, I.T Mat Rizal parking kereta ditempat biasa. Terdetik juga dihati I.T Mat Rizal untuk spray nombor plet kereta atas tar. Biar orang lain tak boleh parking. Kat opis nie, berebut parking dah menjadi amalan biasa. Normal. Itu tak termasuk bos-bos yang berebut nak parking bawah bumbung. Dia punya berebut boleh berparang.

Seperti biasa, bila ke opis, jarang I.T Mat Rizal berkasut. Tak santai katanya bila memandu. Pintu belakang kereta sports I.T Mat Rizal dibuka. Melilau mata I.T Mat Rizal mencari kasut kulit berkilat kegemarannya. Tak ada. Hancur luluh hati I.T Mat Rizal. Kasutnya tertinggal di rumah.

****

Pada pagi yang damai itu, I.T Mat Rizal kelihatan lain dari pagi yang lain. Awang yang seperti biasa pemegang kerusi port tetap belakang kilang lihat naik pelik. Dilihatnya I.T Mat Rizal pakai kasut clean room tak berstokin warna putih. Tak matching langsung dengan baju kotak-kotak.



2 orang bergosip:

Whoelses said...

hahaha..

CHE YANG said...

bakat merapu2 mu mmg teserlah

Post a Comment