Monday, June 28, 2010

Piala Dunia 3


"Awang... Awang tau tak la nie Kedah dok main Piala Dunia." terang Pak Mie.

"Piala Dunia? Main bola ka?" Awang tanya dalam keadaan keliru.

"Ya la. Kelmarin Pak Mie lalu depan kedai mamak. Punya la ramai geng Kedah lepak depan TV yang dok sokong. Tapi Pak Mie hairan lah. Awat la nie depa main pakai mat negro ramai sangat?"

Pang!!! Awang menampar
Zauuuf!!! Pak Mie mengelak penampar Awang.

"Lain kali tengok betui-betui Pak Mie. Tu bukan Kedah tu Ghana."

Thursday, June 24, 2010

Periksa Perut


"Awang... Awang..., awat Awang tak mai kelmarin?" tanya Pak Mie.

"Awat Pak Mie? Awang ada kerja sikit." balas Awang.

"Dak... nak mintak tolong sikit. Tapi tak apa, dah settle dah pun. Dengaq cerita, depa habaq Awang pi check perut Awang. Awang sakit perut ka." Pak Mie tanya sambil pandang perut Awang yang bersaiz itu.

Pang! Pang! Pang!

"Woi Pak Mie, cakap cermat sikit, aku bukan pi check perut aku. Aku bawa bini aku pi check perut dia sekali dengan check baby" muka Awang berubah merah.

Wednesday, June 23, 2010

Filipino Wika


"Pak Mie hang pandai cakap pilipin tak?" Pak Ya menyoal.

"Aku tak tau, awat hang pandai ka?" Pak Mie menyoal kembali.

"Hang dengaq sini aku ajaq hang. Dulu nie aku ada marka pilipin"

"Ang pangalan ko Jakaliya. Maksudnya nama aku Jakaliya."
"
Sino ang iyong pangalan. Maksudnya siapa nama kamu."
"Maaari ba kaming umalis sa mga lansangan. Maknanya boleh kita keluar jalan-jalan."

Semuanya diterang satu-satu oleh Pak Ya kepada Pak Mie. I.T Mat Rizal yang ada di situ turut keluarkan kertas untuk dicatat. Kebetulan, ketika sesi pembelajaran itu, salah sorang auditor dari Filipina lalu.

"Ha, cuba hang pi kat minah auditor pilipin yang mai audit kita. Aku nak tengok betui ka tak hang ajaq aku." I.T Mat meracun Pak Ya.

"Aku tak mau pi. Segan. Hah, Pak Mie, Pak Mie tulis apa yang aku sebut nie. Lepas tu pi cuba cakap dengan dia. Mana tau yang nie boleh jadi nombor dua."

Pak Mie dengan gaya jantannya berjalan perlahan ke arah auditor perempuan itu. Di buat-buat senyum sambil tangan melambai perlahan. Kemudian dia memulakan sesi perbualan.

"Pag-ibig ko ang iyong ina. Puwede ba akong mag out sa kanya?" Pak Mie cakap perlahan-lahan ikut skrip kertas di tangannya.

"Pang!!! Pang!!!" perempuan Filipina terus tampar muka Pak Mie.

****

Dari jauh, I.T Mat Rizal dan Pak Ya melihat Pak Mie lari sembunyi diri.

"Hang suruh Pak Mie tanya apa Pak Ya?"

"Hehehe...Hang nak tau hang pi tanya sendiri kat perempuan tu."


Tuesday, June 22, 2010

Merajuk Kuat

Gambar hiasan

"I.T Mat Rizal, mai la... mai la..." Pak Ya pujuk I.T Mat Rizal

"Pi mana?" I.T Mat Rizal bertanya.

Pak Ya buat mulut muncung sambil jari di mulut, isyarat ajak hisap rokok.

"La tak mau la. Bukan time rehat" I.T Mat Rizal bersuara tegas. Prestasi kerja kena jaga.

"Hang nie... jom la mai teman. Hang kalau tak mau teman aku, jangan ingat hang boleh ajak aku teman hang lepas nie" Pak Ya merajuk macam filem Tamil.

Cilakak. Dah besar panjang pun nak merajuk.

Pandu Cermat Jiwa Selamat


Pagi-pagi tu, I.T Mat Rizal sudah terpacak masuk ke bilik conferance room. Rakan-rakan yang lain turut serta. Dari jawatan yang kecil sampai jawatan yang atas-atas pun turut serta, tolak bos-bos besar. Mereka semua tunggu majlis macam orang nak jumpa tok kadi. Bila majlis bermula, semua orang dengar penuh khusyuk. Majis hari itu ialah Kempen Kesedaran Keselamatan Jalanraya.

****

Tukang beri ceramah bagi talk memang superb. Semua ternganga-nganga. Klip video orang mati accident, gambar perut terburai, kaki hancur semua dia tunjuk. I.T Mat Rizal terus jadi insaf. Rakan-rakan yang rempit lepas nie cadang nak pakai basikal je ke kilang. Yang ekstrim lagi nak jogging ke kilang. Badan pun boleh sihat kata depa.

Bila selesai saja majlis, semua pakat-pakat serbu pameran poster di lobby kilang. Budak-budak yang ada sifat brutal, sambung balik tengok poster ngeri orang eksident. Kemudian, syarikat bagi free vest keselamatan warna hijau. Siap ada reflector. Kalau lori suluh boleh nampak dekat sekilo meter. Yang tak best, vest dibagi pada mat-mat motor saja. I.T Mat Rizal pura-pura cakap dia naik motor. Walhal satu tahun sekali pun susah naik motor.

****

"Abah hang nak pi mana malam-malam nie pakai baju hijau tu?" soalan isteri I.T Mat Rizal

"Macam biasa lah, Abah nak buat kerja yang selalu Abah buat." I.T Mat Rizal jawab sipu-sipu.

"Abah hang nak pi buang beg sampah ka?"

"Ye." I.T Mat Rizal balas pendek sahaja.

Che Yang ketawa terkekek-kekek. Memang sudah menjadi rutin, kerja menolak kereta sorong sampah adalah tugas I.T Mat Rizal. Che Yang terus naik kagum, suaminya sekarang sudah ada kesedaran sivik. Malam itu, kelihatan I.T Mat Rizal sedang asyik menolak kereta sorong sambil berbaju vest keselamatan.

Ini baru pemandu berhemah.

Monday, June 21, 2010

Gila Perang


"Cibibidi... ♫ cibidi bang bang...♫ ... cibidi pom pom♫ " lagu Idlan Raja Lawak 4 jelas kedengaran di handphone I.T Mat Rizal. Sepantas kilat, I.T Mat Rizal menjawab.

"Haluuuu...how are you Awang" I.T Mat Rizal jawab macam Idlan RL4.

"I.T Mat Rizal, Awang nie... tolong cepat!!! Budak-budak Bangla, Nepal buat rusuhan kat kilang"
"Bos-bos besar dah tak boleh nak handle depa sekarang! Bawa barang apa yang patut. Mai cepat okey." Awang cakap macam nak bunuh orang.

"Wokey babeh, aku pi la nie juga!"

I.T Mat Rizal bergegas keluar. Dicapainya parang panjang Dayak lalu disemat elok-elok dipinggang macam pahlawan Libau Rentap. Kereta kuat dipandu laju menuju ke tempat kerja I.T Mat Rizal.

****

Pang!!! Pang!!!Pang!!!

Kelihatan Awang tengah menampar seorang-seorang budak Napal dan Bangla. Pengguna kaki dan tangan memang digunakan dengan kadar 100% oleh Awang. Aksi Awang ibarat pendekar selatan Siam sedang bertempur. I.T Mat Rizal tak ketinggalan. Sudah sekian lama parang Dayak tak digunakan. Dilibasnya kekiri-kanan kumpulan Nepal dan Bangla. Suasana kucir kacir dengan suara jeritan pelbagai bahasa kedengaran. I.T Mat Rizal dan Awang dah nampak seperti pasangan tag team WWE. Habis semua mereka kerjakan.

Kesan darah jelas dimerata-rata tempat. Ada tangan putus, kaki putus, jari putus dan beberapa biji kepala Nepal yang dah tak serupa kepala. Bos-bos semua naik kagum dengan semangat kepahlawanan mereka berdua. Bos yang paling besar tunjukkan kelima-lima jari, sebanyak 2 kali kearah mereka berdua. Itu bermaksud kenaikkan gaji sebanyak 20%. Awang dan I.T Mat Rizal terus naik semangat. Dipukulnya lagi budak-budak Bangla-Nepal sampai mati. Terus budak-budak Bangla-Nepal naikkan bendera putih tanda surrender.

"2 orang lawan 50 orang, pun tak boleh menang." ucap Awang dengan perasaan hampir-hampir takbur dan riak.

I.T Mat Rizal tersenyum bila mendengarnya.

Rakan-rakan I.T Mat Rizal melompat kegembiraan. Mereka mengarak I.T Mat Rizal dan Awang pusing satu kilang bagi meraikan kemenangan. FRU dengan Polis yang lewat tiba, terus balik kerana rusuhan berjaya diatasi dengan cemerlang oleh mereka berdua.

****

"Abah.... oh Abah hang oiii!!! sakitnya kepala . Awat pi tendang kepala nie" suara Che Yang terdegar digegendang I.T Mat Rizal.

I.T Mat Rizal terus buat-buat lena.

"Pang!!!."

I.T Mat Rizal terus terjaga. Rasa sakit dipipi mula melular keseluruh muka.

"Lain kali nak tidur, baca do'a. Tak lah mimpi...mimpi yang bukan-bukan."

Friday, June 18, 2010

Piala Dunia 2


"Pak Mie, banyak-banyak team bola world cup Aprika nie Pak Mie pilih sapa?" aju Awang pada Pak Mie macam wartawan bertanya artis.

"Pak Mie pilih Argentina. Depa main best semalam. Korea kena 4-1 dengan depa." Pak Mie jawab berkobar-kobar dengan loghat pekat Baling-Mahang.

"Maradonna punya performance pun gila-gila. Semalam dia score 3 biji." Pak Mie tambah lagi.

"Pang!!!... Pang!!!..." Awang bagi tambang pergi-balik percuma pada muka Pak Mie.

"Oii Pak Mie oiiiiii, Maradonna mana main lagi. Dia la nie coach bola la."

Thursday, June 17, 2010

Piala Dunia 1


Sejak menonton rancangan dokumentari perjalanan bola sepak pasukan Honduras ke Piala Dunia, hati I.T Mat Rizal terus jatuh cinta. Kadang-kadang bila lepak dengan kawan-kawan, I.T Mat Rizal akan sebut Honduras. Jumpa rakan-rakan kilang pun sebut Honduras. Awang yang tak pernah dengar negara Honduras pun dah mula kenal. Team sayur Piala Dunia kata Awang bila bercakap dengan I.T Mat Rizal. Team Honduras bukannya hebat mana, tapi saja I.T Mat Rizal buat-buat pandai pasal bola. Takut-takut kalau orang tanya team favorite, tak tahu malulah pulak.

****

Pukul 7.30 malam, I.T Mat Rizal terpacak depan tv. Patutnya time-time tu, yang baiknya terpacak depan masjid. Nak tengok bola katanya kepada Che Yang. Che Yang naik pelik. Sejak bila suaminya minat bola.

Keputusan perlawanan dikeluarkan. 1-0, Chile menang ke atas team pilihan I.T Mat Rizal. I.T Mat Rizal merasa hampa. Difikir-fikirnya apa yang nak dijawab bila lepak-lepak diport belakang kilang nanti.

****

Cakap-cakap pasal keputusan bola berkumandang diport belakang kilang. Budak-budak kilang yang minat bola dah mula puji team negara masing-masing. I.T Mat Rizal pura-pura mendengar sambil cover line takut-takut ditanya pasal Honduras.

"Semalam Pak Mie tengok bola. Team apa tah lawan dengan Chile." kata Pak Mie yang cuba join bersembang.

"Team tu dah lah tak pernah dengaq, nama pun pelik macam nama sayur. Pastu main macam taik. Patut kalah." sambung Pak Mie.

"Tu team Honduras la Pak Mie... Honduras... sebut 3 kali Pak Mie." sampuk Awang sambil jeling I.T Mat Rizal.

"Ha betui... betui.. Honduras, Honduras. Baru Pak Mie ingat" Pak Mie jawab mengkekek.

Ketika itu, kelihatan satu objek yang tak dikenali terbang dan hinggap di kepala Pak Mie.

"Pang!!!" kasut yang dibaling tepat sasaran. Pak Mie pening-pening lalat saat itu.

I.T Mat Rizal standby sebelah lagi kasut diletak diatas meja bulat. Time tu, Awang dan budak-budak lain dah tak jadi tanya pasal Honduras. Semua ubah topik cerita pasal syurga dan neraka.

Tuesday, June 15, 2010

Karangan Sekolah - Pengalaman Masa Kecik-kecik (1)

Hari ini saya ingin sangat menceritakan pengalaman saya masa kecil-kecil dahulu. Saya dilahirkan di negeri paling hujung di benua Asia. Semua adik beradik saya pun beranak di negeri yang sama. Mak saya pun sama. Saya gembira dilahirkan di negara ini dan bukannya di Nepal atau Monggolia seperti mana yang dilaung berulang kali oleh pemimpin-pemimpin kita. Rakyat perlu berSyukur. Masa kecik-kecik dulu seingat saya, saya amat handsome. Lebih handsome dari kakak dan adik perempuan saya. Mungkin saya lelaki sebab itu saya handsome dari mereka.


Bila ayah sudah pencen askar, ayah cakap kami akan berpindah ke Penang. Masa tu saya baru darjah satu. Saya naik hairan. Sebab apa kami berpindah ke Penang bukan Pulau Pinang. Cikgu Munirah pun tak pernah sebut kat Malaysia ada Penang. Tapi ayah cakap Penang tu Pulau Pinang. Saya percaya sebab ayah selalu bercakap benar. Ketika itu, hati saya sangat gembira. Tapi kadang-kadang saya rasa tak best. Saya tak boleh naik kereta tank lagi. Kalau tak, boleh saya berangan-angan tembak burung atau orang jahat.

Tiba di Penang, saya duduk di rumah tinggalan Tok saya. Besar gila bila tengok rumah tu. Rumah yang saya duduk tu rumah papan. Saya ucap terima kasih pada Tok sebab dia bagi kami rumah banglo. Cikgu Munirah pernah cakap, kalau rumah sebiji sebiji kita panggil banglo. Rumah tu ada satu jamban dan satu bilik air kat luar. Bilik air dia pun besar tak macam bilik air flet askar. Dalam tu ada kolah yang kadang-kadang tempat saya berendam. Air tu juga kakak dan adik saya mandi. Bila malam time nak berak, saya takut pergi sorang-sorang. Saya ajak mak atau adik perempuan saya teman. Kalau ayah saya tak berani nak ajak. Takut-takut dia bagi penampar. Kami akan berjalan berpegangan tangan ke jamban sambil bawa pelita. Tapi bila time balik mak dah tak mau pegang tangan saya lagi.

Tiba waktu pagi, saya akan mandi dahulu sebelum ke sekolah. Saya tak boleh mandi air sejuk sebab kulit saya tak tebal macam beruang kutub. Macam biasa, Mak akan jerang air panas, kemudian campur dengan air sejuk sampai suam. Kalau tak buat saya boikot tak mahu pergi sekolah. Kakak dan adik saya pun tiru perangai saya. Setelah siap mandi, Mak sediakan sarapan dan beg sekolah kami. Ayah belikan beg sekolah yang sama jenis untuk kami bertiga. Saya sayang Ayah sebab beg yang dia beli tu memang cantik. Beg sekolah tu ayah cakap takkan koyak. Sama kuat dengan beg askar.

Bila sudah siap, saya, kakak dan adik akan tunggu van untuk ke sekolah. Kami akan naik van Pakcik Mansur.Saya suka bila naik van Pakcik Mansur. Saya akan duduk kat depan sebelah tingkap, sebab bila duduk belakang tak boleh kena angin. Pakcik Mansur memang pandai bawak van. Satu van, Pakcik Mansur boleh bawak satu kelas darjah satu ramainya. Bila balik pun macam tu juga. Kadang-kadang saya akan sesak nafas bila terpaksa duduk di belakang. Baju saya pun dah jadi bau lain, sampai saya boleh perah baju saya. Tapi Mak tak boleh marah Pakcik Mansur sebab yuran sebulan bayar van baru tujuh ringgit. Kakak saya kadang-kadang ada complaint sebab dia kena jadi tukang buka-tutup pintu van. Pakcik Mansur tak pernah bayar kat dia duit upah.

****
bersambung
****

Wednesday, June 9, 2010

Broker Saham



Suasana keriangan jelas terpancar di muka rakan-rakan I.T Mat Rizal. Di bibir-bibir mereka tak pernah lekang dengan bercerita perkara ini. Kalau diganti dengan selawat boleh juga deposit pahala ke syurga. Time tu ibarat cerita epik Malaysia menang Piala Dunia. Baik yang lelaki atau yang perempuan semua sebut benda yang sama. Berbagai kaedah dia orang war-warkan cerita. Hantar SMS, Skpe, e-Mail pun ada. Yang style sekolah lama (old school) dia orang pakai burung merpati macam cerita zaman perang dulu-dulu. Letak surat di kaki burung. Moses Code saja dia orang tak pandai. Bila time lepak-lepak dengan kawan-kawan kat port belakang pun cerita benda yang sama. Cerita company kasi saham. Baru semangat 1Malaysia.

****

"Hari nie naik berapa duit?" Awang tanya I.T Mat Rizal

"Naik tarak. Jatuh lagi ada. La nie 16 sen" balas I.T Mat Rizal sambil lewa.

Awang tepuk dahi. Ini tak boleh jadi. Awang sudah berkira-kira sejak awal lagi. Dia nekad nak jual semuanya. Haluan mesti tetap. Iman jangan goyang. Biar orang bergosip kata boleh naik sampai 30 sen, Awang tak endah. Pengalaman dulu jadi kenangan. Pantas Awang angkat handphone. Di dailnya nombor Jennice, agen saham.

"Hallu Jennice, ini Awang Kilang Cuci, Kilang Lama. I mau jual semua share I. Satu kali dengan kuda hitam... Lagi satu I mau tanya itu ada orang lain sudah jual itu saham ka?" Awang cakap kuat-kuat biar orang lain dengar sambil dibesarkan speaker handphone.

"Ya, Mr. Awang. You mau juai itu saham, boleh. Kuda hitam I tak boleh juai. I kasi balik rumah saja. You orang first juai itu saham. Sikalang tada orang lain juai lagi. Nanti lagi 5 hari duit masuk." balas Jennice.

Muka Awang nampak riang. Rakan-rakan lain yang turut dengar nampak kagum. Awang pekerja pertama jual saham syarikat. Dahsyat. Jual-beli saham macam dah lama sebati dengan Awang. Lebih teror dari apek jual sayur kat pasar malam.

Budak-budak lain dah start mintak advice dari Awang. Awang ceramah, buat apa tunggu lagi. Baik lego dari harga turun. Dalam-dalam buat ceramah otak Awang jadi geliga. Satu call, 3 ringgit. Itu syarat kalau mahu Awang tolong. Habuan duit telefon dengan charge consultancy.

****

Hari ke-sembilan duit Awang tak masuk-masuk. Budak-budak yang ditolong semua dah start pikir nak habiskan duit. Ada nak beli motor, bayar deposit kereta, beli handphone baru dan ada yang cadang buat umrah di Danok. Muka Awang dah start mencuka. Cilakak bentak Awang. Hanya Awang sorang saja duit tak masuk.

Awang telefon Jennice.

"Woi Jennice..." Awang buat suara rimau.

"Ya Mr. Awang... I Dengar suara you, I boleh kenai. You mau juai saham lagi ka?"

"Mau jual saham Abah kau!!!..." Awang jerkah.

"I punya duit tarak masuk lagi." herdeknya lagi

"Wait, wait I check dulu. "

"Yo lo, you punya bank account tarak betui la... Silap masuk. Jangan marah Mr. Awang. Nanti 2 hari duit masuk" Jennice buat suara manja.

****

Jam menunjukkan pukul 7:50 pagi. Pak Mie dengan sabar menunggu Awang. Ngam-ngam Awang parking kereta, Pak Mie meluru ke arah Awang.

"Awang, Pak Mie nak mintak tolong nie. Awang boleh tolong call broker, suruh dia juai saham Pak Mie" pinta Pak Mie dengan cara berhemah.

"Pang!!!" Awang balas penuh budi pekerti.

Tuesday, June 8, 2010

Pomen Kampung

"Pak Mie dah cakap dah, dia punya water heater kereta rosak. Engineer saja tak tau apa." Pak Mie bersuara tinggi.

"Water heater apa ke benda Pak Mie" tanya I.T Mat Rizal

"Dak... amoi tu cakap, dia punya battery kereta selalu problem. Pak Mie cakap water heater dia rosak. Dia tak percaya" kata Pak Mie sambil gulung pinggang seluarnya.

"Pang!!!" pipi Pak Mie di sapa telapak tangan I.T Mat Rizal.

"Tu bukan water heater, tu alternator la Pak Mie oiii."

Kenduri Kendara


Ketika bulan makin mengambang, dua susuk tubuh sedang sibuk menyorok di belakang tangki air. Anak mata Mat Awa ligat ke kiri-kanan. Segala perancang telah diatur rapi sejak minggu lepas. Mat Awa pegang erat-erat beg galasnya. Jangan biar jatuh ke tangan musuh. Ahmad Pud dari tadi membontoti Mat Awa di belakang. Mereka berjalan ibarat itik pulang petang, menonggek sambil terjengkit-jengkit. Malam itu, operasi "Fear 2" dilancarkan. Matlamat, kejutkan musuh dan makan besar.

Mat Awa buka pintu belakang pelan-pelan. Mereka merangkak dengan cermat sekali. Ahmad Pud ikut juga. Tiba di bilik seperti yang dirancang, Mat Awa keluarkan isi beg. Tangan bulu gorilla dikeluarnya. Nampak real. Di bilik lain, kelihatan 2 pemuda bangla asyik dengan kerja cuci barang. Mat Awa sarungkan tangan bulu gorilla di kedua belah tangannya. Ahmad Pud dalam posisi standby. Mat Awa kenyit mata pada Ahmad Pud. Tanda operasi bermula.

Sayup-sayup bunyi berdengus kedengaran disulam dengan suara mengilai. Suara macam hantu. Pemuda Bangla yang asyik tadi, terus berhenti. Ahamd Pud memang pakar dalam klon bunyi dan suara. Macam-macam suara dia boleh buat. Suara katak, burung, bunyi kentut pun dia pandai. Tapi yang paling best, dia tiru suara pelakon filem satu warna. "Yes..yes...yes..." macam tu la kiranya.

****

Berita 2 pemuda bangla disampuk hantu gorilla tersebar luas di tempat kerja I.T Mat Rizal. Kedua-dua sampai pengsan-pengsan. Kalau cium bau asid pun tak boleh nak pengsan macam mat bangla tu pengsan. Hantu kat bangla dia punya seram pun tak boleh nak lawan hantu malam tu. Havoc dibuatnya. Mulai malam tu, semua orang takut-takut nak ambil shif malam. Yang rajin O.T sampai tak nak campur dengan orang kampung buat 15 jam je bulan tu. Dulu-dulu bukan main O.T sampai 200 jam sebulan. Pagi-petang itu jam pun dia tak tahu.

Yang takut-takut, pakat-pakat jumpa bomoh. Gantung tangkal, bawang besar, tabur garam nak lawan hantu. Yang selalu duduk lepak pondok belakang kilang dah pandai-pandai lepak dalam surau. Tasbih tak pernah lekang. 4 hari kemudian, 3 orang mat Nepal pulak disampuk. Sampai kena darah tinggi. Bos-bos atas dah pening kepala.

****

Mat Awa dengan Ahmad Pud tengok rilex saja. Mereka tengok sambil tunggu tindakan bos-bos besar.

"Hang agak jadi ke tak bos nak buat macam kes dulu?" tanya Ahmad Pud.

"Hang jangan dok risau. Ini Komeng la... Komeng... Sapa tak kena Komeng. Aku confirm bos mesti buat. " jawab Mat Awa macam dialog filem pendekar melayu.

****

Sudah dekat 5 hari, budak-budak sekerja I.T Mat Rizal tak keluar makan. Hari-hari ada kenduri besar. Diaorang cakap kenduri nak bagi makan hantu. Last time, macam nie juga jadi. Buat kenduri semua settle. Itu jam, bomoh cina cakap ada hantu mengamuk belakang kilang. Kalau tak bagi makan, business susah sampai boleh tutup kilang.

****

Mat Awa tepuk-tepuk perut tanda kenyang. Ahmad Pud berlahak sambil tersenyum. Operasi berjaya.

Tentang-Tentang



Bukak radio di pagi hari
Malam hari sama sahaja
Cinta sana, cinta sini
Aku gila geli
Cinta sana, cinta sini
Aku gila geli

Bukak radio Hitz FM
Propaganda Amerika
Ape bende yang merdeka
Jilat bontot depa
Ape bende yang merdeka
Ape bende yang merdeka
Jilat bontot depa
Ape bende yang merdeka

Bila kawan ramai keliling kita
Cakap besar tunjuk belang
Tapi bila sorang-sorang
Pengecut, pemalu
Macam semua orang
Tapi bila sorang-sorang
Pengecut, pemalu
Macam semua orang

Saya ini pun bukan sempurna
Tapi saya tahu
Dosa dan pahalaku tuhan saja
Tuhan saja yang tahu
Dosa dan pahalaku
Ooh...
Tuhan saja yang tahu

Gelang, si paku gelang
Gelang si rama-rama
Tentang, marilah tentang
Marilah tentang, bersama-sama
Tentang, marilah tentang
Marilah tentang, bersama-sama

Gelang, si paku gelang
Gelang si rama-rama
Tentang, marilah tentang
Marilah tentang, bersama-sama
Tentang, marilah tentang
Marilah tentang, bersama-sama

Gelang, si paku gelang
Gelang si rama-rama
Tentang, marilah tentang
Marilah tentang, bersama-sama
Tentang, marilah tentang
Marilah tentang, bersama-sama

Friday, June 4, 2010

Mintak Nyawa


Rakan-rakan di tempat I.T Mat Rizal bekerja, banyak yang suka amalkan supplement (makanan tambahan). Termasuklah I.T Mat Rizal. Kalau tak kena madu lebah sehari, dia punya feel kerja tak ada. Tak kira kerja siang atau kerja malam di rumah. Madu kalau campur susu fresh kata orang boleh jadi ganas macam kambing atau lembu bila makan time hendak tidur.

Bila cakap pasal benda nie, Pak Ya dengan Awang saling berkaitan. Kepakaran mereka berdua sama level dengan pakar sensei Phang Oo Lang Kepala Batas. Sebut saja apa jenis akar kayu, daun, pokok, binatang semua dia orang tahu. Kadang-kadang Phang Oo Lang pun ada call tanya resepi ubat dengan mereka. Itu tak termasuk produk kesihatan yang lain. Kopi abang kuat, mantalks, ma'jun orang kampung semua dah diuji.

****

"Hang mau dak kopi Goji?" soal Pak Ya kepada Awang.

"Goji? Apa baguih ka kopi tu?" balas Awang.

"Baguih la, kalu hang makan dia punya power memang lain. Takat 2 jam macam nie." Pak Ya tunjuk-tunjuk lengannya 90 darjah ke atas.

"Hang mau aku bagi 2 bungkus. Makan sebelum tidur. Tapi rega 5 ringgit. Kawan-kawan punya rega." Pak Ya berkira-kira komisyen MLM yang dia dapat.

Awang angguk tanda setuju.

****

Malam itu, Awang peluh sejuk. Dekat 10 kali singgah ke jamban. Perutnya kucar kacir. Nasi gulai kari Pak Abas habis keluar. Badannya pening. Dalam pening dia nampak aksi Pak Ya tunjuk-tunjuk lengannya macam Komtar Penang. Bini Awang dari tadi senyum nipis.

****

"Amacam, orait tak?" Pak Ya senggih-senggih sambil tunjuk lengannya lagi.

Awang tengok Pak Ya nampak macam semut. Time tu tangan Awang rasa ringan. Didepanya tangannya luas-luas.

"Pang!!!" Kedua-dua tangan Awang tadi hinggap di pipi Pak Ya.

Mulut Pak Ya berbuih bersama serbuk kopi Goji.

Thursday, June 3, 2010

Ramesh Woot

Pak Ya baru nak menyuap nasi. Tiba-tiba lagu di handphone berdering. Pak Ya ambil handphone nya. Jarang-jarang dia menjawab terus. Mana tahu bos-bos telepon. Ada alasan juga nak jawab. Tertinggal ka, tengah berak ka, tengah drive ka, semua tu alasan.

Dua, tiga kali juga Pak Ya lihat skrin handphone. Nombornya panjang. Nie mesti ketua bos-bos call. Pak Ya ambil nafas. Dia angkat telepon.

"Haaluuuuuuuuuu..." Pak Ya keluarkan suara paling merdunya.

"Halo, Jakaliya... halooooooo......." suara dengan lenggok India kedengaran di telinga Pak Ya.

"Ya, ya" Pak Ya menjawab.

"Jakaliya woooo00000t ho......" pemanggil membalas.

Pak Ya letak telepon. Celakak mana dia tahu nombor aku.

****

*Ramesh = Pemuda warga India yang dah pulang ke negara asalnya. Dia lah rakan baik Pak Ya.
*Woot = good

Wednesday, June 2, 2010

AFUNDI Pak Mie


Umur Pak Mie baru nak masuk 40an. Orangnya masih steady lagi. Sasa. Itulah berkat minum kopi kuat hari-hari. Badan Pak Mie berketul-ketul, mungkin sebab banyak buat kerja. Orang lain banyaknya kerja pegang mouse dan tekan keyboard sahaja. Gerak jalan Pak Mie pun macam ada style tersendiri. Macam peragawan jalan catwalk. Tak macam I.T Mat Rizal jalan, dahlah kurus badannya melengkong. Pak Mie orangnya jujur. Kalau kena marah, senyum-senyum saja balasannya. Tapi kadang-kadang bila dibelakang PakMie hentak-hentak kepala .

Selaku driver, Pak Mie memang banyak kerja nak dibuat. Dia juga boleh dianggap orang penting dalam syarikat. Bab naik barang, turun barang, hantar surat, beli aiskrim, beli cendol, beli nasi kandar, beli paku, simen itu dah memang rutin Pak Mie. Nak tanya gaji masuk ke tak, boleh dirisik dengan Pak Mie. Pak Mie memamg champions. Kalau kerajaan negeri tak ada calon tokoh Ma'al Hijrah, rasa-rasanya PakMie lah yang paling layak.

Bila bab transport barang selesai, Pak Mie kena hantar budak-budak Nepal, Bangla, India. Boring kata Pak Mie sebab semuanya botol-botol belaka. Dulu-dulu, di tempat kerja lamanya, Pak Mie paling seronok kalau dapat hantar warga Indon. Hantar 100 kali pergi balik Pak Mie tak kesah. Boleh juga Pak Mie berangan-angan berSMS lepas kerja.

****

Awang tiba di tempat kerja macam biasa. Sama time bos-bos besar punch card. Dibawa keluar bekalan nasi lemak terus letak atas meja kantin. Kalau bukan nasi lemak, roti gardenia pilihan ganti. Tengah makan, Awang terasa poketnya semacam kosong. Di raba-rabanya takut-takut handphone tertinggal. Tidak juga. Rupa-rupa rokok tak beli. Terus Awang keluarkan handphone. Awang taip:

Pak mie. beli dunhill 14 satu. Duit pakai dulu. Urgent!

****

Muka Awang dah tukar kelat. Pak Mie tak kunjung tiba. Ketagih nirkotin dia punya feel masa tu punya high. Ditumbuk-tumbuk meja bulat sampai pecah. Budak-budak Nepal habis ditampar time tu.

****

Dekat sejam baru Pak Mie balik. Dengan gaya macho, Pak Mie mencari Awang. Awang diam tahan nafas menarik aura.

"Awang, Awang pesan rokok Dunhill 14 ka?" Pak Mie buat-buat tanya Awang.

"Sorry la, Pak Mie tak b.u.k.a mesej." tambah Pak Mie lagi.

"Pang!!!". Awang karate Pak Mie tujuh belas.

"Pak Mie gila ka, macam mana tau Awang pesan Dunhill kalau tak baca mesej." Awang soal.

Dalam sejarah, hari tu Pak Mie bagi alasan paling tak logik. Kantoi.

Tuesday, June 1, 2010

Kasut Kerja


"Abah... oh Abah..." terdengar suara sayup-sayup kedengaran di telinga I.T Mat Rizal. Pun begitu, I.T Mat Rizal buat-buat tak ambil peduli.

"Abah... oh Abah..." lagi suara kedengaran di gegendang telinga I.T Mat Rizal.

"Woi... Abah hang, nak pukul 7 pagi dah!" Che Yang menjerit macam iklan ubat sakit tekak.

I.T Mat Rizal yang tadi tidur berselimut macam tenggiling bergegas bangun. Dilihat anaknya masih tidur tak ingat dunia. I.T Mat Rizal jealous dengan anaknya itu. Ingin rasanya I.T Mat Rizal bertukar tempat dengan anaknya. Dicapainya tuala terus ke bilik mandi. Dengan 7 kali gayong sahaja, I.T Mat Rizal selesai mandi.

"Buat apa nak membazir. Kan membazir tu kerja syaitan." kata IT. Mat Rizal. Sebab itu I.T Mat Rizal jarang mandi lama-lama. Sabun pun mesti ada yang terlekat kat telinga dan diketiak. Kalau I.T Mat Rizal mandi lama-lama, itu mesti mandi yang lain. Mandi ada niat yang besar, kata orang.

Selesai mandi, I.T Mat Rizal mencari baju untuk dipakai ke opis. I.T Mat Rizal tak perlu risau kerana Che Yang sudah pun menggosok baju. Digantungnya baju berserta seluar dah macam salesgirl Parkson susun satu-satu. I.T Mat Rizal lihat stock baju untuk 3 minggu siap sedia. Diselak satu persatu baju dan seluar yang mana berkenan. Baju kegemaran I.T Mat Rizal ialah seluar cotton dengan baju kemeja kotak-kotak. Baru matching. Untuk rekod, I.T Mat Rizal jarang sekali kerja pakai seluar jeans. Tak ngam katanya dengan baju corak kotak-kotak.

Puas membelek I.T Mat Rizal akhir memilih baju hantaran kahwin yang diterima masa dulu-dulu. Masih elok lagi. Che Yang punya gosok baju dia punya tajamkan kain boleh luka kulit-kulit badan. Tak sama macam kedai-kedai laundry buat. Dimasukkan pulak seluar cotton hijau yang dibeli kat pasaraya Fajar. Tali pinggang raya tahun lepas disemat elok-elok. I.T Mat Rizal pandang pada cermin, dilihat perutnya masih steady. Orang cakap kalau dah kahwin anak satu mesti boroi. Mungkin betul kalau tengok rakan-rakan I.T Mat Rizal.

Kemudian diletak sejadah ngam-ngam tepi bilik, bagi mudah Che Yang lalu. I.T Mat Rizal sembahyang Subuh gajah. Selesai doa untuk diri dan anak bini, I.T Mat Rizal ke meja cermin. Disisirnya rambut agar nampak macam brutal tapi muda. Sekali tengok I.T Mat Rizal, tak sangka macam budak habis SPM. Umur dah meningkat 30an. Bab nie Che Yang memang jealous.

****

Sampai di opis, I.T Mat Rizal parking kereta ditempat biasa. Terdetik juga dihati I.T Mat Rizal untuk spray nombor plet kereta atas tar. Biar orang lain tak boleh parking. Kat opis nie, berebut parking dah menjadi amalan biasa. Normal. Itu tak termasuk bos-bos yang berebut nak parking bawah bumbung. Dia punya berebut boleh berparang.

Seperti biasa, bila ke opis, jarang I.T Mat Rizal berkasut. Tak santai katanya bila memandu. Pintu belakang kereta sports I.T Mat Rizal dibuka. Melilau mata I.T Mat Rizal mencari kasut kulit berkilat kegemarannya. Tak ada. Hancur luluh hati I.T Mat Rizal. Kasutnya tertinggal di rumah.

****

Pada pagi yang damai itu, I.T Mat Rizal kelihatan lain dari pagi yang lain. Awang yang seperti biasa pemegang kerusi port tetap belakang kilang lihat naik pelik. Dilihatnya I.T Mat Rizal pakai kasut clean room tak berstokin warna putih. Tak matching langsung dengan baju kotak-kotak.