Monday, May 31, 2010

Kita Saudara


Awang boleh dianggap seorang pakar kimia yang handal di tempat I.T Mat Rizal bekerja. Walaupun tidak pernah ke menara gading atau menara Teluk Intan, Perak, dia boleh dianggap the best among the best di situ. Kalau setakat mengaji kat Harvard, Oxford atau MIT jangan ingat sudah pandai dari Awang. Fresh graduate engineer pun kena menuntut dengan Awang. Sebagai pekerja yang mahir dalam ilmu kimianya, dia telah diberi amanat oleh syarikat untuk mengukur tahap keasidan air atau dalam bahasa sains mudah ialah tahap pH air dalam tank.

Walaupun Awang hebat, jarang sekali dia takbur, sombong atau tamak haloba. Kerana sifat itu dikeji dalam Islam kata beliau yang banyak mengikuti cermah Ustaz Samsuri. Sifat yang ada pada Awang itu semua orang tahu di kilang termasuklah makcik cleaner, pakcik guard, mat bangla, mat nepal dan tak ketinggalan I.T Mat Rizal. Selain ilmu Awang yang tinggi itu, Awang terkenal sebagai seorang yang peramah.

Kalau tiada Awang sehari, hilanglah seri suasana tempat kerja I.T Mat Rizal. Ia ibarat Singapura dilanggar todak, irama tanpa lagu. Ramah tamah Awang memang ada kelas. Kalau Mat Bangla tak kenal Awang memang nak kena penampar dihati I.T Mat Rizal. Ramah tamah itulah yang membuat Awang beristerikan gadis satu kilang dengannya. I.T Mat Rizal sesekali pernah terfikir kenapa Awang jadi ahli kimia. Dia lebih sesuai bekerja sebagai artist manager atau SUK menteri.

****

Hari itu, Awang seperti I.T Mat Rizal masuk kerja lewat. Barulah nampak macam bos. Sambil seluk poket, Awang keluarkan 70 sen untuk beli Kopi Kuat di vending machine. Performance badan kena jaga. Awang hirup kopi panas-panas tu di pondok belakang kilang. Memang di situ budak-budak kilang buat port sambil gosip pasal artis, politik dan kadang-kadang pasal bab akhirat. Baru islamik. Kemudian dihidupkan rokok Dunhil lari cukai. Asap berkepul-kepul keluar. Sambil isap rokok dan hirup kopi, Awang nampak van putih berhenti depan kantin.

"Gila, driver bawak orang macam kat bangla. Dah macam sardin. Depa nie kalu eksiden, memang jahanam." kata Awang pada Pak Ya . Pak Ya angguk tanda setuju.

"Aik, depa tu bukan orang baru ka?" tanya Awang.

"Haa, baru mai dari Nepal. Fresh lagi." jawap Pak Ya.

Awang lihat ada dekat 15 orang budak Nepal baru tiba. Memang international sungguh kilang nie. India, Nepal semua ada. Seperti biasa, adalah menjadi amalan Awang, untuk buat sesi suai kenal. Biar depa kenal siapa Awang.

****

Di bilik kimia @ chemical room, budak-budak Nepal yang baru sampai di beri tunjuk ajar dengan semangat oleh Kharti. Pemuda India tampan yang baru register kahwin di pejabat pendaftaran. Kharti dibantu oleh budak Nepal yang dah lama kerja di situ sebagai translator. Awang tengok sebagai penyelia program. Bercekak lengan macam bos.

Suasana dah macam kat kelas pra-sekolah KEMAS. Hiruk pikuk dibuatnya.

"*asdfghj dskj@*&@nds" kata budak Nepal yang baru datang bercakap dengan Nepal yang dah boleh cakap melayu.

"jh32^%^##232klj@gdhs" jawab Nepal yang pandai cakap Melayu.

Perbualan antara Nepal-Nepal nie didengar Awang dengan teliti. Awang langsung tak boleh nak paham. Nie bahasa tahap tinggi bagi Awang. Kharti supervisor India pun cuba buat-buat paham.

Entah tiba-tiba satu Nepal terus menghampiri Awang. Awang tenung buat-buat garang macam harimau. Tak menjadi.

"You.. you Nepal?." budak Nepal baru tiba bertanya Awang.

Awang pura-pura tak dengar. Kharti tika itu sudah senyum ke telinga.

"You.. you Nepal?." ulang budak Nepal tu lagi.

"Pang!!!" Awang menjawab menggunakan tangan teknik ala-ala Gestapo Jerman.


****

Petang itu, di port belakang kilang. Kharti sedang memberi khutbah kes Awang. Pak Ya, I.T Mat Rizal, Mat mendengar dengan asyik.

2 orang bergosip:

rimbabana said...

saya tak terlibat dalam kes ni...

Rizal said...

Itu kata-kata Nepal yang takut kepada Tuan Awang.

Post a Comment