Tuesday, June 22, 2010

Pandu Cermat Jiwa Selamat


Pagi-pagi tu, I.T Mat Rizal sudah terpacak masuk ke bilik conferance room. Rakan-rakan yang lain turut serta. Dari jawatan yang kecil sampai jawatan yang atas-atas pun turut serta, tolak bos-bos besar. Mereka semua tunggu majlis macam orang nak jumpa tok kadi. Bila majlis bermula, semua orang dengar penuh khusyuk. Majis hari itu ialah Kempen Kesedaran Keselamatan Jalanraya.

****

Tukang beri ceramah bagi talk memang superb. Semua ternganga-nganga. Klip video orang mati accident, gambar perut terburai, kaki hancur semua dia tunjuk. I.T Mat Rizal terus jadi insaf. Rakan-rakan yang rempit lepas nie cadang nak pakai basikal je ke kilang. Yang ekstrim lagi nak jogging ke kilang. Badan pun boleh sihat kata depa.

Bila selesai saja majlis, semua pakat-pakat serbu pameran poster di lobby kilang. Budak-budak yang ada sifat brutal, sambung balik tengok poster ngeri orang eksident. Kemudian, syarikat bagi free vest keselamatan warna hijau. Siap ada reflector. Kalau lori suluh boleh nampak dekat sekilo meter. Yang tak best, vest dibagi pada mat-mat motor saja. I.T Mat Rizal pura-pura cakap dia naik motor. Walhal satu tahun sekali pun susah naik motor.

****

"Abah hang nak pi mana malam-malam nie pakai baju hijau tu?" soalan isteri I.T Mat Rizal

"Macam biasa lah, Abah nak buat kerja yang selalu Abah buat." I.T Mat Rizal jawab sipu-sipu.

"Abah hang nak pi buang beg sampah ka?"

"Ye." I.T Mat Rizal balas pendek sahaja.

Che Yang ketawa terkekek-kekek. Memang sudah menjadi rutin, kerja menolak kereta sorong sampah adalah tugas I.T Mat Rizal. Che Yang terus naik kagum, suaminya sekarang sudah ada kesedaran sivik. Malam itu, kelihatan I.T Mat Rizal sedang asyik menolak kereta sorong sambil berbaju vest keselamatan.

Ini baru pemandu berhemah.

0 orang bergosip:

Post a Comment