Monday, May 31, 2010

Kereta Kuat


Pagi itu, I.T Mat Rizal memandu kereta lamanya dengan penuh berhemah sekali ke opis. Di masukkan gear dengan hati-hati seperti yang diajar oleh cikgu-cikgu sekolah memandu . Gear 1, 2, 3, 4 di tarik dengan kadar RPM yang berpatutan. Exzos pekak mengaum vrooommm, sedap didengar oleh halwa telinga I.T Mat Rizal. Moto amalannya- "Biar kereta nampak pekak, tapi enjin power" disemat ke hati I.T Mat Rizal dalam-dalam.

Sambil memandu, dipandang kiri kanan cermin sisi keretanya. Mana tahu jika ada kereta tak cukup tanah nak lalu. Ditekan cermat pendikit minyak bagi mencapai tahap kelajuan maksimum kelajuan kebangsaan - 80kmj. Walaupun keretanya sudah lama, I.T Mat Rizal sudah banyak menghabiskan duit buat modified keretanya. Kalau nak pergi Umrah rasanya sudah boleh. Kalau Indon, mungkin 2,3,4,5 kali pun boleh pergi. Membazir kata bininya. Apa pun tahap kecintaan terhadap keretanya tetap utuh.

I.T Mat Rizal pandu kereta sebiji macam pelakon Initial-D, gaya buat-buat kool kata orang. Tangan kiri pegang stereng. Lengan kanan disandar dipintu. Banyak orang tak tahu. Dia cukup pantang jika ada orang cuba-cuba cucuk bontot keretanya. Lainlah jika dia sendiri yang buat. Jiwa resingnya tetap menebal walau tak pernah masuk Rally Malaysia hatta lumba haram sekali pun. Ketika memandu, diwusharnya sebiji kereta Gen-2 sedang cilok kiri-kanan.

"Ahh, masanya sudah tiba. Racing Time." kata I.T Mat Rizal. Diturunkan gear sambil mengawal pedal clutch dan minyak. Kereta I.T Mat Rizal meluncur laju seperti Bugati Veron. Laju... 2.3 saat sudah berada dibelakang kereta Gen-2. Kedengaran alunan enjin Mitsubishi bersama exzos cap ayamnya. Pemandu Gen-2 nampak cemas. Suasana ibarat macam filem KL Drift. Kiri kanan habis dicilok. Walaupun jarak antara bumper I.T Mat Rizal dengan kereta Gen-2 lebih kurang 1 setengah hoon, Kereta Gen-2 tak mahu mengalah.

I.T Mat Rizal terpaksa lakukan aksi rahsianya. Ketika di selokah diturunkan tayar kiri masuk ke alur longkang. Menyenget kereta I.T Mat Rizal memotong kereta Gen-2 tanpa belas kasihan. I.T Mat Rizal mengeluarkan rokok Dunhillnya lalu menyalakannya. Sebijik macam cerita kartun Intial-D. Dihembusnya pula asap rokok tepat ke hidung pemandu Gen-2. Memang time tu, sifat takbur riak zina jelas terpancar. Hati I.T Mat Rizal gembira tak terperi. "Tak sia-sia aku upgrade hang." kata I.T Mat Rizal pada keretanya. Bila tiba dijalan lurus dikeluarkan kembali tayarnya lantas meninggalkan kereta Gen-2 jauh-jauh dengan istilah matematik resing sebanyak 15 tiang.

Waktu itu I.T Mat Rizal lihat di cermin pandang belakang pemandu Gen-2 menunjuk jari tengahnya tanda protes. "Macam budak-budak tadika tak sekolah." getus hati I.T Mat Rizal. Sedang I.T Mat Rizal leka memandu dengan kelajuan bullet train Jepun dan dengan diulit kemenangan rasingnya yang keberatus belas itu. I.T Mat Rizal lupa di depannya ada traffic light.

Ditekan rapat brek keretanya. Tak makan juga. Ditekannya lagi untuk beberapa kali tak makan juga. Handbreak tak payah cakap lah. Tak jalan juga. Takala itu, kereta I.T Mat Rizal membuang kiri kanan jalan. Habis disapu ayam itik yang baru nak belajar lintas jalan. Setelah hampir kejang kaki I.T Mat Rizal dibuatnya, beliau akhirnya dapat memberhentikan keretanya. Itu pun dengan bantuan kereta Kancil yang bahagian belakang dah tukar menjadi pelanduk dicium bumper. Takut macam nak mati I.T Mat Rizal dibuatnya. Habis terkincit Adrenaline I.T Mat Rizal.

Kereta Gen-2 yang kena tinggal tadi parking ngam-ngam sebelah kereta I.T Mat Rizal dekat traffic light. Sempat lagi dia turunkan tingkap. "Bai, gua resing, resing juga. Lu apa macam break boleh failed. Kereta power, break hancur." kata mamat Gen-2. I.T Mat Rizal tunduk macam siput babi.

1 orang bergosip:

Whoelses said...

hahaha..

Post a Comment