
Suasana keriangan jelas terpancar di muka rakan-rakan I.T Mat Rizal. Di  bibir-bibir mereka tak pernah lekang dengan bercerita perkara ini. Kalau  diganti dengan selawat boleh juga deposit pahala ke syurga. 
Time tu ibarat cerita epik Malaysia  menang Piala Dunia. Baik yang lelaki atau yang perempuan semua sebut  benda yang sama. Berbagai kaedah dia orang war-warkan cerita. Hantar  SMS, Skpe, e-Mail pun ada. Yang 
style  sekolah lama (
old school) dia  orang pakai burung merpati macam cerita zaman perang dulu-dulu. Letak  surat di kaki burung. 
Moses Code  saja dia orang tak pandai. Bila 
time  lepak-lepak dengan kawan-kawan kat 
port  belakang pun cerita benda yang sama.  Cerita 
company kasi saham. Baru  semangat 1Malaysia.
****
"Hari nie naik berapa duit?" Awang tanya I.T Mat Rizal
"Naik tarak. Jatuh lagi ada. La nie 16 sen" balas I.T Mat Rizal sambil  lewa.
Awang tepuk dahi. Ini tak boleh jadi. Awang sudah berkira-kira sejak  awal lagi. Dia nekad nak jual semuanya. Haluan mesti tetap. Iman jangan  goyang. Biar orang bergosip kata boleh naik sampai 30 sen, Awang tak  endah. Pengalaman dulu jadi kenangan. Pantas Awang angkat 
handphone. Di dailnya nombor Jennice,  agen saham.
"
Hallu Jennice, ini Awang  Kilang Cuci, Kilang Lama. I mau jual semua 
share I. Satu kali dengan kuda hitam... Lagi satu I mau  tanya itu ada orang lain sudah jual itu saham ka?" Awang cakap kuat-kuat  biar orang lain dengar sambil dibesarkan speaker 
handphone.
"Ya, Mr. Awang. 
You mau 
juai itu saham, boleh. Kuda hitam 
I tak boleh 
juai. 
I kasi  balik rumah saja. 
You orang 
first juai itu saham. 
Sikalang tada orang lain 
juai lagi. Nanti lagi 5 hari duit  masuk." balas Jennice.
Muka Awang nampak riang. Rakan-rakan lain yang turut dengar nampak  kagum. Awang pekerja pertama jual saham syarikat. Dahsyat. Jual-beli  saham macam dah lama sebati dengan Awang. Lebih 
teror dari apek jual sayur kat pasar malam.
Budak-budak lain dah start mintak 
advice  dari Awang. Awang ceramah, buat apa tunggu lagi. Baik 
lego dari harga turun. Dalam-dalam  buat ceramah otak Awang jadi geliga. Satu call, 3 ringgit. Itu syarat  kalau mahu Awang tolong. Habuan duit telefon dengan charge 
consultancy.
****
Hari ke-sembilan duit Awang tak masuk-masuk. Budak-budak yang ditolong semua dah  start pikir nak habiskan duit. Ada nak beli motor, bayar deposit kereta,  beli handphone baru dan ada yang cadang buat umrah di Danok. Muka Awang dah start mencuka. Cilakak bentak Awang. Hanya Awang sorang saja duit tak masuk.
Awang telefon Jennice.
   "Woi Jennice..." Awang buat suara rimau.
"Ya Mr. Awang... 
I Dengar suara
 you, I boleh 
kenai. 
You mau 
juai saham lagi ka?"
"Mau jual saham Abah kau!!!..." Awang jerkah.
"I punya duit 
tarak masuk lagi." herdeknya lagi
"
Wait, wait I check dulu. "
"
Yo lo, you punya 
bank account tarak betui la... Silap masuk. Jangan marah Mr. Awang. Nanti 2 hari duit masuk" Jennice buat suara manja.
****
Jam menunjukkan pukul 7:50 pagi. Pak Mie dengan sabar menunggu Awang. Ngam-ngam Awang 
parking kereta, Pak Mie meluru ke arah Awang.
"Awang, Pak Mie nak mintak tolong nie. Awang boleh tolong 
call broker, suruh dia 
juai saham Pak Mie" pinta Pak Mie dengan cara berhemah.
"Pang!!!" Awang balas penuh budi pekerti.